Wednesday, August 2, 2017

MENGAPA SHAKLEE PILIHAN TERBAIK?


Saya yakin sudah ramai yang mengenali Shaklee sebagai produk kesihatan yang selamat dan terjamin kualitinya. Tulisan saya ini akan membawa kita semua untuk mengetahui dengan lebih mendalam, mengapa Shaklee pilihan kita dan keluarga.

SELAMAT

1. KAMI MENYARING LEBIH 350 BAHAN CEMAR, RACUN SERANGGA DAN BENDASING UNTUK SETIAP BAHAN BOTANI BAHARU
Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.

2. LEBIH DARIPADA 250 UJIAN RACUN SERANGGA DILAKUKAN, MELEBIHI SYARAT UNITED STATES PHARMACOPEIA (USP)

3. KAMI MELAKUKAN LEBIH 100,000 UJIAN KUALITI SETIAP TAHUN
untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.

4. TIADA TAMBAHAN PENGAWET, PEMANIS ATAU PERASA TIRUAn 

5. BEBAS GLUTEN
Produk kami Bebas Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat

6. BUKAN GMO

Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.

7. TERBIODEGRADASI
Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa
8. KAMI TIDAK MELAKUKAN UJIAN KE ATAS HAIWAN
.
TERBUKTI
1. LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KERTAS SAINTIFIK DITERBITKAN
Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.

2. TELOMERE
Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere lebih lama berbanding pengguna sihat tanpa-suplemen.

3. PATEN SHAKLEE
Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten..
.
4. SISTEM PELEPASAN BERPATEN
Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki dengan ketara kadar penyerapan nutrien utama dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat. 

BERKESAN
Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.
Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. 
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30
Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di Shaklee tegaskan selama ini
  • Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi makanan dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
  • Dan kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.

dan keputusannya amat MENGAGUMKAN !


1. Tahap nutrien darah yang baik
2. Penanda Bio utama kesihatan jantung yang baik.
3. Kekerapan Penyakit Lebih Rendah.
4. Tahap Selamat Vitamin D dan Zat Besi

Pengguna pelbagai jenis makanan tambahan mempunyai :






















No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...